Wednesday, November 2, 2011

3 NOVEMBER 2011

Hari ini Anniversary saya dan suami yang ke 4 tahun. Kejap jer pejam celik pejam celik dah 4 tahun dah keluar 2 orang hasil nya..Alhamdulillah sebab Allah mengurniakan kebahagiaan kepada suami selama ini. Tipu la kalau kata tak ada gaduh-gaduh manja. Nama pun gaduh manja kan, so manja-manja jer la hihihih...

Malam tadi dah siap kan sebiji Red Valvet Cake. Cheese pun dah siap cuma tinggal nak melepa ajer lagi, malam tadi siap jer kek, terus tido. tak boleh nak berjaga lama-lama, nanti my little hero tu jaga tengah malam tak sedar pulak, mau dia tarik gear 3 karang. Pagi ni sebelum pegi kerja nasib baik tak terlupa nak masuk kan kek dalam peti ais. Balik karang boleh la terus melepa kek tu pulak. Macam dah terasa-rasa cream cheese tu kat tekak ni ha..haiiisshhhh. Wahai tekak, sabar yer...

Plan nyer malam ni nak masak sepesel sket la. Memandang kan cik abang suka makan sepenggeti (spagetti la tuh, terpengaruh dengan cerita Pah Bedah lah nih), jadi saya plan nak masak yang tu lah disamping kek baldu merah tuh..kalau rajin dan berkesempatan karang mau la tambah yang lain-lain pulak.

Pagi ni dapat pulak tempahan homemade coklat dari opis mate. Nak bwk balik kampung untuk raya haji katanyer..Alhamdulillah. Lambat lagi lah saya tido malam nih..Apa daaa, Allah bagi rezeki mengeluh lak kan. Kang di tarik balik rezeki tu karang baru padan dengan muka hang hihihi..(Apa pun tak boleh)

Pagi tadi masa on the way pergi kerja, saya dok hint-hint la kat cik abang, hari ni hari apa? Hari Khamis katanya. Berapa hari bulan? 3 hari bulan jawabnyer lagi... ni sah-sah lah tak hengat nih..So, menjadi kah seperise saya malam ni? TUNGGU........