Saturday, March 5, 2011

Chocolate

Kali ni aku nak kembangkan bisnes dengan menghasilkan coklat-coklat comel lak...ni percubaan pertama selepas lama tak practice kan lepas belajar coklat dulu. Coklat-coklat ni aku nak bawa ke Kluang, Johor- kahwin anak ayah angkat aku...

Lolichoch ni belum siap lagi, aku plan nak balutkan dalam plastic and letak riben-riben, letak kan pada tempat bunga pahar tu, ala-ala bunga telur gitu...

Lolichoc
Dah siap lolichoc nyer terfikir lak nak buat tambahan nak kasi kat bride...klu dia nak letak kat dulang hantaran, suke la sangat....tp kalau dah penuh tu, makan aje lah hihihh



Apapun, tahniah to newly weds- kak Long Niza & Azhar - semoga bahagia selalu sehingga ke akhir hayat...


Kali ni dapat tempahan coklat pulak.Tempahan lollichoc ni dibuat oleh teman lama semasa di sekolah, Hafizah Haris utjk besday anak nyer yang ke 2 thn.





Hafizah membuat tempahan 50 btg lollichoc ni. Macam-macam bentuk ada. Tempahan asal Fiza nak semua nya bentuk ladybird, tp di sebab kan kesukaran mencari mould bentuk ladybird sahaja, design terpaksa di tukar kepada macam-macam design. Harap-harap fizah suke la dgn lollichoc yg di hasilkan nih...Nnt boleh la prder lagi yer...hihiihih

Kuching, Sarawak

23-25 July 2010, aku ke Kuching, Sarawak. Pergi bertiga jugak. Purpose nak berjalan-jalan @ Cuti-cuti Malaysia. Kat sana nasib baik ada kawan, so nak pegi mana-mana, kawan aku ni lah yang bawak kan...ok lah jugak kan, senang sikit.

1st day tu aku jalan-jalan area Waterfront jer, lawat muzium (skema la pulak hihihi, tapi alang-alang da sampai baik pegi jer sume tempat kan...), lepak-lepak tepi sungai, time aku pegi ni musim ujan, so petang-petang ujan, so pergerakan agak sedikit terbatas...pastu malam pegi makan seafood. Sedap dan murah. 1st time gak la aku mencuba sayur yang rasa dan rupanya macam pucuk paku. Sayur ni tak ada kat semenanjung tau...
                               

2nd day pepagi lagi aku dah gerak ke Sarawak Cultural Village. jauh nyer kira-kira sejam perjalanan dari Kuching. Tempat ni macam-macam ada..lebih kurang macam Taman Mini Melaka, tapi kat sini siap ada Dewan Persembahan. Masa aku kat sana tu, bertembung skali dengan rombongan Dr Mashitah Ibrahim. So, best sket la kot sambutan masa kat sana..huhu...Husband aku mula-mula xberapa syok nak g cultural village nih, tp lepas tengok persembahan tu, sibuk kata nanti nak datang lagi kat situ...hihihi. petang nyer kami pegi tengok orang utan...

Masa kat Kuching ni aku memang berhajat nak ke Serikin. Orang kata tempat ni paling best kalau nak shopping-shopping, masa aku sampai tuh dah tgh hari, panas giler...tapi sbb nak shopping punyer pasal panas sanggup ku redahi...Punyer la panjang pasar dia, tp barang memang banyak yang murah paling tak tahan tengok kain-kain sulam...murah lak tuh....rambang mata ni di buatnyer...





                            




Kunjungan Suzie ke rumah

Assalamualaikum...
Hari ni nak citer pasal bestfren aku since from 1 lagi, Suzie yang sudi datang ke rumah masa dia balik ke Seremban..Suzie ni mmg slalu datang umah aku kalau balik Seremban, Masa kunjungan aku sekeluarga ke Terengganu dulu pun, Suzie and family sudi datang ke homestay kami. Thank you Suzie.

Kunjungan kali ni aku tak sempat nak buat macam-macam sebab siangnya aku kerja kan...Suzie datang dengan keluarga dengan maknyer sekali..Lama betul aku tak jumpa mak suzie nih..dia pun macam mak aku, sakit-sakit akibat penyakit darah tingginyer...

Kali ni aku sempat hidangkan Suzie mee goreng dengan Kiwi Muffin. Suka betul mak dia makan muffin tuh...

Kiwi Muffin

Kiwi Muffin dengan Mihun goreng